KAUM /ETNIK UTAMA DI MALAYSIA
Semenanjung Malaysia
|
Sarawak
|
Sabah
|
Melayu
|
Iban
|
Kadazan
|
Cina
|
Melanau
|
Bajau
|
India
|
Bidayuh
|
Murut
|
Sikh
|
Orang Ulu
|
Dusun
|
Thai
|
Bisaya
| |
Orang Asli
|
Melayu
|
Gambar kaum utama di Malaysia
KONSEP-KONSEP PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK
- Pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka
2. Streotaip
- Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
3. Diskriminasi
- Perbuatanmembeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik.
4. Etnosentrik
- Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu.Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai, tingkah laku dan cara hidup.
5. Etnosentrisme
- Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik daripada budaya lain.
6. Ras
- Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit, rambut dan mata.
7. Rasisme
- Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.
8. Bangsa
- Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah,tradisi dan budaya,Bahasa serta kadang kala agama.
TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI
· SEGREGASI
Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu.Orang Melayu,Cina dan India dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.Sistem pendidikan ketiga tiga kaum ini juga berbeza.Orang Melayu tinggal di kampung-kampung,pedalaman,dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani dan bersekolah di Sekolah Melayu Orang Cina tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar.Bekerja sebagai peniaga serta pelombong dan bersekolah di Sekolah Cina.Orang india tinggal di ladang dan dikawasan estet.Bekerja sebagai buruh dan penoreh getah dan bersekolah di Sekolah Tamil.
· AKOMODASI
Proses dimana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup,masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C· AKULTURASI
Suatu proses penrimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac=Cab
· ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(dominan)
· AMALGAMASI
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu Berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum Formula konsep ini ialah A+B+C=D(kelompok baharu)
No comments:
Post a Comment