PENGENALAN
- Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum.
- Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.
- Penduduk berbilang kaum diTanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka,melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara.
- Konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum.
KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN
ETNIK
- Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adatresam.
- Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza.
Takrif Etnik dan Kaum
•ETNIK:
Satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir
sama dari segi aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara pakaian, pola keluarga, orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.
•KAUM:
Pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti malayu, cina, india, sikh, dan siam.Di
Sarawak dan Sabah pula terdiri daripada Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment